fbpx

EPL: Arsenal ‘berpeluh’ hitung nasib Odegaard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD dilapor mengalami kecederaan buku lali serius ketika Norway menewaskan Austria awal pagi semalam. - AFP

OSLO, Norway – Kemenangan sulung dilakar Norway dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah kali ini selepas berjaya menewaskan Austria 2-1 pada aksi Kumpulan G yang berlangsung di Stadium Ullevaal awal pagi semalam.

Gol kemenangan pada penghujung perlawanan menerusi penyerang berbisa, Erling Haaland memastikan tiga mata menjadi milik Norway selepas terikat 1-1 hasil jaringan Felix Horn Myhre dan Marcel Sabitzer.

Bagaimanapun, kemenangan penting itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila pemain tengah, Martin Odegaard dikatakan mengalami kecederaan buku lali serius selepas dikasari Christoph Baumgartner.

Jurulatih Norway, Stale Solbakken mengakui kecederaan yang dialami kapten Arsenal itu bukan kecederaan ringan dan beliau percaya ia mampu mengundang kemarahan pengurus The Gunners, Mikel Arteta.

“Kecederaan itu boleh dianggap serius dan saya melihatnya dalam bilik persalinan. Dia (Odegaard) tidak berani untuk meneruskan permainan dan saya pasti Arteta tidak gembira dengan situasi ini,” katanya.

Kecederaan itu pastinya bukanlah satu berita baik buat Arsenal memandangkan mereka akan berdepan aksi sukar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini berdepan musuh setempat, Tottenham Hotspur.

Dalam pada itu, doktor pasukan Norway, Ola Sand menjelaskan buku lali Odegaard terseliuh dan ia mungkin memerlukan dia menjalani imbasan lanjut bagi mengetahui tahap kecederaan sebenar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI