fbpx

Dua pesawat berlanggar di landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EKOR sebuah pesawat Bombardier CRJ900 patah di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta. - Foto WACA

WASHINGTON – Dua pesawat berlanggar di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta semalam, menyebabkan kedua-duanya rosak teruk, lapor akhbar The Sun UK.

Sejurus selepas pukul 10 pagi (waktu tempatan) semalam, sebuah pesawat Delta sedang bergerak untuk berlepas.

Namun, ia melanggar bahagian belakang sebuah pesawat lain yang lebih kecil sehingga menyebabkan ekornya patah.

Pesawat Airbus A350 milik Delta yang menuju ke Tokyo, Jepun itu melanggar ekor pesawat Bombardier CRJ900 milik Endeavour Air ketika ia mahu menuju ke Lafayette, Louisiana, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Namun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“FAA akan menyiasat insiden itu,” kata agensi tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI