fbpx

Dua penggempur veteran perkuat skuad 7s negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFEE dan Norshahrul dianggap penyerang yang masih berbisa untuk membantu skuad 7s negara.

SHAH ALAM – Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dijangka memperkuatkan skuad Malaysia pada
kejohanan Asia 7 sebelah (7s) pada 10 hingga 13 Oktober ini.

Bekas pemain kebangsaan Filipina, Stephan Schrock yang akan mewakili The Azkals juga mengharapkan Safee dapat perkuatkan Malaysia.

“Saya gembira pertandingan ini dapat dianjurkan di Malaysia yang terkenal dengan minat terhadap bola sepak. Saya baharu bercakap dengan Safee dan harap dia akan sertai pertandingan kali ini.

“Dia salah seorang pemain yang saya sentiasa jumpa dalam bola sepak 11 sebelah. Dia pemain bagus yang ada sejarah hebat buat Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya pada Majlis Undian Kejohanan Asia 7s, sebentar tadi.

Pada kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama India, Filipina dan Hong Kong.

Sementara itu, pengurus pasukan Malaysia, Adam Azman, berkata pihaknya akan cuba menyenaraikan beberapa pemain berpengalaman seperti Safee Sali dan Nor Norshahrul bagi merealisasikan misi menamatkan saingan dalam kelompok dua terbaik.

“Kami akan mengumpul pemain dalam tempoh terdekat ini dengan melantik jurulatih yang berpengalaman dalam futsal dan juga bola sepak padang.

“Kami akan senaraikan pemain muda dan juga berpengalaman. Pada masa sama, kita juga akan melihat empat atau lima pemain luar membabitkan tonggak veteran atau belia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI