fbpx

Dua ‘call man’ ditemui mati, mulut berbuih dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Dua penarik kereta ditemui maut dalam sebuah kenderaan di Taman Ampang Saujana, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.17 petang.

Menurutnya, pihak ambulans Hospital Ampang yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua lelaki berusia 30 tahun itu meninggal dunia.

“Pemeriksaan mendapati kereta dalam keadaan enjin masih hidup dengan keempat-empat pintu dan cermin tertutup.

“Dua lelaki yang berada di dalam kereta ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan mulut berbuih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa yang bekerja sebagai ‘call man’ atau penarik kereta tidak menunjukkan sebarang kecederaan.

“Setakat ini, polis tidak mengesan sebarang elemen jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang untuk tujuan bedah siasat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI