fbpx

Dua beradik dicari, tinggalkan enam anak kepada ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam kanak-kanak berkenaan.

KUALA SELANGOR – Dua ibu kandung kepada enam kanak-kanak sedang dicari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi urusan penjagaan dan penempatan.

Kanak-kanak itu melibatkan tiga beradik lelaki iaitu N. Tennarasu,10; N. Mugileswaran, 9, dan N. Suriyaprakash, 6, manakala tiga lagi beradik perempuan ialah K. Jeya Sri, 6; K. Hemalini, 3, dan K. Angel yang berusia setahun.

Pelindung Kanak-Kanak JKM Kuala Selangor, Siti Hawa Selamat berkata, kesemua kanak-kanak itu dijaga nenek mereka di Kampung Bukit Cherakah, Jeram, di sini.

“Ibu bapa kandung tiga beradik lelaki itu hilangkan diri sejak 2019. Pasangan itu tinggalkan tiga anak mereka kepada wanita berkenaan (nenek) yang masih gagal dikesan sehingga kini.

“Selain itu, satu lagi pasangan suami isteri turut meninggalkan tiga anak perempuan mereka kepada wanita sama bulan lalu. Dua ibu kandung kepada semua kanak-kanak itu merupakan adik-beradik,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelas beliau, keenam-enam kanak-kanak itu kini ditempatkan dalam jagaan orang layak mengikut Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 mulai 16 Ogos lalu sehingga 23 September ini.

“JKM perlukan maklumat mengenai ibu kandung bagi membolehkan siasatan dan penempatan kanak-kanak dilakukan sewajarnya. Orang ramai yang ada sebarang maklumat supaya hubungi JKM Kuala Selangor di talian 03-32891495 bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI