fbpx

Bersih, lupuskan bahan kimia ambil masa 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA pembersihan dan pelupusan sisa bahan kimia di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika akan mengambil masa selama tujuh hari.

JOHOR BAHRU – Kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan kimia yang ditemui di dua lokasi punca pencemaran iaitu di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika di sini, akan mengambil masa tujuh hari untuk dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti kontraktor yang akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa bahan terjadual tersebut.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak panik semasa tempoh kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan terjadual dilaksanakan di kawasan itu.

“Langkah-langkah pencegahan juga perlu diambil termasuk tidak memasuki kawasan tercemar, segera dapatkan rawatan jika mempunyai gejala kesihatan, jangan lakukan aktiviti di sekitar Sungai Plentong dan Sungai Tebrau serta kerap mandi dan mencuci pakaian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Tian Soon, kerajaan negeri mengecam tindakan pihak yang mengambil jalan pintas melupuskan sisa bahan terjadual secara haram dan mereka yang bersalah boleh dipenjara mandatori selain didenda sehingga RM10 juta.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” jelasnya lanjut.

Semalam, media melaporkan tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya; Sekolah Rendah Islam Hidayah dan juga Sekolah Menengah Islam Hidayah telah diarah tutup disebabkan insiden pencemaran yang berlaku.

Dalam pada itu, dua lelaki masing-masing pemandu lori dan kelindan ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan kes pencemaran sisa kimia di bandar raya ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI