fbpx

Bapa bakar tangan anak guna ‘lighter’ kerana mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan gadis itu ditendang, ditampar dan dipukul berkali-kali oleh ayahnya. - X 

JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan mengundang kecaman orang ramai kerana memukul anaknya yang berusia 10 tahun gara-gara kerap mencuri wang, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Bulukumba sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) pada Ahad lalu. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @HushWatchID, lelaki berbaju hijau itu menarik kaki anaknya lalu menghentakkan badan kanak-kanak itu ke lantai.

Meskipun gadis kecil itu menangis sambil memohon maaf, dia tetap dipukul dan ditendang beberapa kali. 

Bahkan, si ayah menyalakan pemetik api dan membakar tangan mangsa.

Difahamkan, lelaki berusia 44 tahun itu berbuat demikian untuk memberi pengajaran kepada kanak-kanak tersebut kerana sering mencuri wang neneknya.

Rakaman itu meraih lebih 824,000 tontonan dan rata-rata netizen berang tindakannya yang melampau. 

“Anaknya memang salah dan perlu diberi teguran. Tapi bukan sekasar ini!” marah seorang netizen. 

“Bukan itu cara mendidik anak!” marah netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI