fbpx

Australia larang kanak-kanak layari media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa logo media sosial pada sebuah telefon bimbit. - AFP

CANBERRA – Australia akan mengenakan larangan terhadap kanak-kanak daripada menggunakan media sosial dengan menetapkan had umur minimum 16 tahun, lapor akhbar Daily Mail.

Perdana Menteri Anthony Albanese yang mengumumkan perkara itu berkata, undang-undang persekutuan untuk menjauhkan kanak-kanak daripada media sosial akan diperkenalkan pada  tahun ini.

Albanese turut menyifatkan kesan akibat penggunaan laman sosial terhadap golongan muda itu sebagai satu bencana.

Bagaimanapun, katanya, umur minimum untuk kanak-kanak mendaftar masuk ke laman web seperti Facebook, Instagram dan TikTok masih belum diputuskan tetapi dijangka sekitar 14 hingga 16 tahun.

Tambah Albanese, keutamaannya adalah untuk menyekat pengguna-pengguna media sosial yang berumur di bawah 16 tahun.

“Saya mahu melihat kanak-kanak meletak tepi peranti mereka dan pergi ke padang-padang, kolam renang atau gelanggang tenis.

“Kami mahu mereka mempunyai pengalaman dengan manusia sebenar kerana kami tahu bahawa media sosial menyebabkan kemudaratan sosial.

“Kami juga tahu bahawa terdapat kesan kesihatan mental untuk apa yang terpaksa dihadapi oleh ramai orang muda,” katanya kepada saluran televisyen ABC. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI