fbpx

‘Apa yang berlaku kepada Syamsul, Ira bukan kemenangan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH memohon agar netizen tidak lagi mengaitkan dirinya setiap kali ada cerita tentang bekas suaminya. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – “Saya tidak anggap apa yang berlaku dalam perkahwinan Syamsul dan bekas isterinya adalah satu kemenangan untuk saya.”

Itu respons pelakon sensasi, Puteri Sarah tentang dakwaan netizen bahawa dia telah menang dalam kemelut yang melanda antara dirinya bersama Syamsul dan Ira Kazar.

Menurut Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dia menganggap apa yang berlaku dalam hidup mereka bertiga adalah takdir yang tertulis.

“Ini semua adalah takdir. Saya tidak pernah anggap ini satu kemenangan. Itu hanyalah tanggapan netizen.

“Saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Saya dah lama ‘move on’.

“Jadi saya kalau boleh tidak mahu komen sangat tentang perkara yang melibatkan mereka yang sudah tiada mengena dengan saya lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang media Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 di sini, hari ini.

Tambah pelakon drama Polis Peronda itu lagi, dia memohon agar netizen tidak lagi mengaitkan dirinya setiap kali ada cerita tentang bekas suaminya.

“Saya tak faham kenapa saya selalu dicari setiap kali ada isu tentang mereka.

“Berbadan dua cari saya, bercerai cari saya. Kasihan saya.

“Mereka punya masalah saya kena temu bual, Datuk Yusuf Haslam kena temu bual , Datin Patimah pun kena temu bual. Kalau boleh saya nak ‘enjoy’ sahaja,” katanya sambil ketawa.

Dalam perkembangan lain, Sarah bakal menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai oleh Mamak Puteh dan Ilham Abata.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29,
sah bercerai talak satu pada 5 September lalu selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI