fbpx

‘Apa salahnya promosikan dalam media sosial, bukan kena bayar pun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI pengarah, Shuhaimi semestinya mahu filem Pontianak 200kg mencatat kutipan memberansangkan.

PETALING JAYA – Pengarah Shuhaimi Lua melahirkan rasa terkilan apabila segelintir pelakon dalam filem arahannya iaitu Pontianak 200 kilogram (kg) tidak memberi kerjasama untuk membantu mempromosikan naskhah lakonan sendiri dalam media sosial.

Menurut Shuhaimi, para pelakon sepatutnya tidak mempunyai sikap pentingkan diri dan perlu membantu mempromosikan filem tersebut untuk menarik lebih ramai penonton ke pawagam.

“Ya, memang ada para pelakon kurang bantu promosikan filem ini.

“Saya pun ada bertanya tentang strategi mereka tetapi jawapan mereka ‘tunggu dan lihat’, katanya ada waktu tertentu untuk kongsi dalam media sosial.

“Kerisauan dan ketakutan saya ialah promosi mereka terlalu lambat untuk tarik orang ramai ke panggung wayang, sebab itu saya suarakan dalam media sosial mengenai isu ini,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, mempromosikan filem lakonan sendiri dalam media sosial adalah antara strategi yang perlu dilakukan oleh para pelakon sejak awal dan bukannya selepas diminta.

“Memanglah tiada dalam kontrak tetapi itu adalah usaha masing-masing untuk filem ini.

“Apa salahnya promosikan filem dalam media sosial masing-masing, bukannya perlu bayar pun.

“Saya sebenarnya agak terkilan sebab yang berlakon ialah kawan-kawan industri yang sudah kenal lama malah ada juga saya ‘recommend’ sendiri untuk masuk dalam filem ini, memang sedih jugalah bila tak beru kerjasama baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia berkata melihat tindakannya bersuara dalam media sosial menampakkan hasil positif apabila ada pelakon yang mula mempromosikan filem tersebut.

“Setakat ini positif, ada yang sudah mula mempromosikan filem sendiri.

“Cuma saya nak beritahu pada mereka bahawa kita tak boleh berharap pada iklan semata-mata.

“Kalau guna platform media sosial, info itu akan terus kepada peminat, lebih laju. Jadi sebab itu saya minta mereka buat siaran langsung. Bagi saya kerisauan sebegini normal sebab saya yang mengarah filem ini,” katanya lagi.

Dia juga berharap naskhah tersebut dapat memberi impak terhadap industri perfileman tanah air dan bersyukur menerima banyak respons positif daripada orang ramai.

“Setakat ini sambutan Alhamdulillah, memberansangkan.

“Kutipan bertambah dan saya percaya ramai ibu bapa yang akan bawa anak-anak mereka pada musim cuti sekolah nanti.

“Kita sudah kurang filem bergere sebegini, harapnya beri peluang untuk Pontianak 200kg sebab mampu menghiburkan seisi keluarga,” tuturnya.

Pontianak 200kg terbitan Primeworks dan Metrowealth yang sudah menemui penonton di pawagam bermula 5 September lalu membariskan Aya Amiruddin, Dottie, Ropie, Wanss Ahmad, Ziana Zain  dan Niezam Zaidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI