fbpx

Ajar kanak-kanak ‘perkara tidak senonoh’ 171 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tengah).

KUANTAN – Berselindung di sebalik imej Islam, sebuah syarikat terkenal yang menaungi rumah amal rupa-rupanya bertopengkan syaitan apabila melakukan penganiayaan, amang seksual dan mencabul kanak-kanak.

Modus operandi suspek antaranya ‘mendidik’ mangsa cara-cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa pula meliwat penghuni kanak-kanak lain.

Bagi mangsa yang tidak sihat mereka tidak dibenarkan untuk mendapat rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal dengan objek panas digunakan bagi menghukum mangsa.

Pihak polis memeriksa salah sebuah rumah amal yang diserbu.

Mangsa kanak-kanak juga diajar menggunakan sentimen agama untuk menagih simpati mendapatkan sumbangan dan suspek juga boleh menyentuh tubuh mangsa dengan alasan rawatan perubatan Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, susulan itu seramai 171 individu ditahan melibatkan serbuan di 18 buah premis dikenal pasti yang melibatkan 66 suspek lelaki dan 105 suspek perempuan.

“Di Selangor sebanyak 25 tangkapan dibuat di enam premis di Hulu Selangor, 41 tangkapan di empat premis di Klang Utara, 22 tangkapan di dua premis di Shah Alam, 26 tangkapan di dua premis di Sepang, enam tangkapan di dua premis di Kajang, empat tangkapan di sebuah premis di Petaling Jaya dan 43 tangkapan di sebuah premis di Subang Jaya.

“Di Negeri Sembilan pula sebanyak dua tangkapan dilakukan di sebuah premis di Seremban dan dua tangkapan di sebuah premis du Nilai,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Katanya, susulan itu juga pihak polis mengenal pasti seramai 402 mangsa kanak-kanak terdiri daripada 201 kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan di semua premis berkenaan.

Katanya, mangsa yang diselamatkan daripada premis di dua negeri itu berumur antara tujuh bulan hingga 20 tahun.

Dalam pada itu beliau memberitahu polis mula menerima laporan mengenai kes ini pada 2 September berkaitan kes penganiayaan, amang seksual dan mencabul kanak-kanak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Keadaan dalam salah sebuah rumah amal ketika serbuan pihak berkuasa. – IHSAN POLIS

Katanya sebanyak empat kertas siasatan di buka di Negeri Sembilan dan empat lagi di buka di Selangor di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan -kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 serta 14 Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migram 2007 (ATIPSOM) dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Empat kertas siasatan yang dibuka di Negeri Sembilan telah dirujuk ke pejabat Peguam Negara dan arahan lanjut untuk melengkapkan tiga kertas siasatan manakala satu kertas siasatan telag mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI