fbpx

[VIDEO] 4 pertuduhan Muhyiddin kembali ke Mahkamah Sesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) ketika hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal dalam permohonannya untuk menyemak dapatan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta dihadapinya, akan diputuskan di Mahkamah Rayuan, di sini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Datuk Azizah Nawawi selepas menolak permohonan Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Yasin, 77, selaku pemohon dalam semakan itu.

Justeru dengan keputusan tersebut, empat pertuduhan Muhyiddin akan dikembalikan semula ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Che Ruzima Ghazali, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Sebelum ini pada 28 Februari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama-sama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S.M. Komathy Suppiah memutuskan agar keempat-empat pertuduhan itu ‘dihidupkan semula’ selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf apabila membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Terdahulu dalam keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 15 Ogos 2023, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Muhyiddin selepas mendapati keempat-empat pertuduhan berkenaan adalah cacat, tidak berasas dan tidak jelas.

Ia apabila mahkamah berpuas hati, pertuduhan yang dihadapi Presiden Bersatu itu tidak mendedahkan butiran kesalahan yang dilakukan menyebabkan tertuduh tidak dapat menyediakan arahan selanjutnya kepada peguam yang mewakilinya.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk suapan masing-masing RM200 juta, RM1juta, RM19.5 juta dan RM12 juta, semuanya berjumlah RM232.5 juta yang diterima daripada tiga buah syarikat dan seorang individu bagi Bersatu.

Semua perbuatan itu di­dakwa dilakukan di Pejabat Per­dana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseku­tuan, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI