fbpx

31 rumah rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah rumah yang rosak dipukul ribut petang tadi.

TAMPIN – Kira-kira 31 rumah di Felda Gugusan Jelai dekat Gemas, di sini mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut, petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Fadhil Hassan berkata, data yang dikenal pasti setakat pukul 9.30 malam itu membabitkan lapan buah rumah di Felda Jelai 2 dan 23 buah rumah di Felda Jelai 4.

Menurutnya, kejadian hujan lebat beserta angin kuat berlaku sekitar pukul 6 petang dan kejadian tersebut sudah kali kedua berlaku di penempatan tersebut.

“Difahamkan angin kuat yang datang bersama hujan lebat tak sampai setengah jam. Malam ini kami, pihak pentadbiran daerah terutamanya Pejabat Daerah Kecil (PDK) Gemas dan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa turun ke lokasi bencana bagi melihat keadaan mangsa.

“Malah, penilaian awal terhadap kerosakkan sedang dibuat. Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang di buka berikutan semua rumah yang terjejas masih boleh didiami,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI