fbpx

Zipline Tasik Shah Alam ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua beranak tergantung di zipline tasik Shah Alam, Seksyen 14

SHAH ALAM – Pengoperasian aktiviti fliying fox atau zipline di Seksyen 14 di sini ditutup buat sementara waktu bermula hari ini.

Ini susulan penularan video dua beranak yang tergantung selama 15 minit di zipline tersebut, kelmarin.

Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd. Azhar Mohd. Sharif berkata, penutupan tersebut adalah untuk membuat pemeriksaan peralatan dan mengemukakan laporan kepada MBSA.

Katanya, ini seterusnya mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang kembali.

“Untuk makluman, bagi prosedur keselamatan setiap pengunjung akan diberikan taklimat keselamatan dan taklimat pengendalian sebelum menaiki Zipline Shah Alam.

“Setiap peralatan termasuk ‘pulley’, ‘harness’, ‘line’ dan ‘stopper’ diperiksa secara berkala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan peralatan berkenaan dihantar untuk kalibrasi oleh pembekal peralatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kanak-kanak dibawah umur 12 tahun dibenarkan menyertai aktiviti flying fox namun dengan ditemani orang dewasa.

Tambah Mohd. Azhar, pengendali Zipline Shah Alam iaitu Hikers Climbers telah menjalankan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Ini termasuk memastikan kanak-kanak mematuhi had umur, berat tidak melebihi 90 kilogram dan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah perlu ditemani oleh orang dewasa serta menandatangani ‘liability form’ .

“Aktiviti menaiki zipline melibatkan pasangan dan anak ini dikenali sebagai ‘tandem’ dan syarat-syarat ini juga telah dimasukkan ke dalam risalah untuk rujukan para pengunjung.

“Setelah kedua pasangan bersama anak menaiki zipline tesebut dan berlepas, zipline isteri dan anak telah tersangkut pada jarak kira-kira 50 meter.

“Pihak Hikers Climbers juga telah mengambil tindakan pantas dengan menyelamatkan mereka dalam tempoh kurang daripada 15 minit selepas kejadian berlaku dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” jelasnya.

Terdahulu, tular video berdurasi lebih 12 minit memaparkan seorang wanita dan anaknya berdepan detik cemas selepas tergantung selama 15 minit ketika menjalankan aktiviti flying fox di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14 di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI