fbpx

Zii Jia naik ranking No. 3 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali berada dalam kelompok tiga terbaik dunia selepas naik satu anak tangga ke kedudukan No. 3 selepas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dikemaskini hari ini.

Biarpun tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan sejak tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun, namun ranking pemain berusia 26 tahun itu tetap melonjak susulan pemain Indonesia, Jonatan Christie kehilangan mata.

Kali terakhir pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 berada dalam kelompok tiga terbaik dunia adalah pada 18 Januari tahun lalu yang menyaksikan dia menghuni ranking ketiga dunia.

Sementara itu, Christie jatuh ke kedudukan No. 7 dunia, manakala pemain China, Shi Yuqi kekal di ranking pertama, diikuti pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik, Viktor Axelsen di tempat kedua.

Pada masa sama, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong jatuh ke kedudukan ke-25 dunia selepas tidak menyertai sebarang kejohanan sejak Februari lalu selepas menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Tze Yong yang mendapat perlindungan ranking tidak berdepan sebarang masalah untuk kembali beraksi dalam kejohanan utama berdasarkan kedudukan ranking terakhirnya di tangga ke-18.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik jatuh dua anak tangga ke ranking kelima, diikuti Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei (12), Man Wei Chong-Tee Kai Wun (17) dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri (19).

Dalam pada itu, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah kekal berada di tangga kelapan dunia, begitu juga pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menghuni ranking kesembilan dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI