PETALING JAYA – “Bila kau nampak nama graduan sedikit ‘aneh’ untuk dibaca, dan dia Penerima Anugerah Naib Canselor. Agak-agaknya boleh baca tak kalau dapat nama ni?.”
Itu soal seorang wanita yang ditugaskan untuk mengumumkan nama salah seorang graduan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara ke-99 (Sidang 11), di Shah Alam baru-baru ini.
Menggunakan nama @Asyaaaaa di TikTok, dia turut berkongsi sedutan video ketika membaca dan menyebut nama ‘Aminasufi Aininnaim Binti Manisalamuhibahati Aminjaya’ dengan lancar.
Orang ramai rata-rata kagum dengan kebolehan wanita berkenaan dan menyifatkan ia bukan mudah untuk dilakukan.
“‘Power’ gila, macam mana boleh sebut betul tanpa berhenti,” kata @Feztie.
“Ni kalau aku dah bertukar jadi Amanjaya Central Mall,” seloroh @elveansabn.
“Macam mana kau boleh tak tersasul kak? Laju pulak sebut nama pun,” soal @Shima Mahmud. – KOSMO! ONLINE
@yongmarina_ Bila kau nampak nama graduan sedikit “aneh” untuk dibaca & dia Penerima Anugerah Naib Canselor. Agak-agaknya boleh baca tak kalau dapat nama ni? P/S: Tahniah kepada graduan Aminasufi Aininnaim ✨ #fyp #uitm #uitmdihatiku #uitmshahalam #istiadatkonvokesyenuitm99 #konvokesyen #konvokesyenuitm #konvokesyenuitm99 #unipurple #pembacanamagraduan #pembacanamagraduanuitm ♬ original sound – Asyaaaaa