fbpx

Umur 36 sudah bergelar nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liu (kanan) mendukung cucunya yang dilahirkan oleh menantunya (kiri). - Douyin/SCMP

BEIJING – Seorang wanita dari wilayah  Guangdong, China menjadi perhatian pengguna media sosial kerana bergelar nenek pada usia 36 tahun, lapor laman berita South China Morning Post.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Liu itu menerusi perkongsian di platform Douyin berkata, anak lelakinya yang berusia 18 tahun baru sahaja menimang cahaya mata pertama.

Pada 22 Ogos lalu, Liu memuat naik video menunjukkan dia mendukung cucunya yang baru dilahirkan.

“Saya sangat gembira dan berbangga kerana mendapat cucu yang comel,” katanya.

Wanita itu berkata, suaminya juga berasa teruja kerana bergelar datuk pada usia 38 tahun.

Menurut Liu, keluarganya sememangnya mempunyai tradisi berkahwin awal dan mendapat anak pada usia muda.

Malah, ibunya baru berusia 58 tahun dan sudah memiliki cicit.

Dalam pada itu, anak dan menantu Liu yang berusia 20 tahun, sehingga kini masih belum mendaftar perkahwinan mereka secara sah.

Ini kerana mengikut undang-undang China, umur rasmi untuk berkahwin adalah 22 tahun untuk lelaki dan 20 bagi wanita.

Hantaran Liu menjadi tular di media sosial dan menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ada yang menyokong serta menentang amalan tersebut.

“Pada usia 36 tahun, saya dibebani dengan kerja, namun Liu memasuki fasa baharu hidupnya. Dia sangat bertuah kerana menjadi pemenang sebenar dalam kehidupan,” kata seorang netizen.

“Pada usia 18 tahun, anak lelakinya sepatutnya belajar di universiti dan bukan menjadi bapa. Tahap pendidikan keluarga ini perlu ditambah baik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI