fbpx

Tiga sekolah di Johor Bahru ditutup akibat pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendengar taklimat tentang insiden pencemaran yang dilaporkan berlaku di kawasan Tebrau, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Tiga buah sekolah di daerah ini ditutup hari ini disebabkan insiden pencemaran yang berlaku di kawasan Tebrau, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, tiga sekolah melibatkan sebuah sekolah kerajaan dan dua buah sekolah swasta.

Katanya, sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

“Penutupan ini melibatkan seramai 974 murid dan 64 guru SK Kampung Maju Jaya, 1,232 murid dan 92 guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah, manakala 807 pelajar dan 75 guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

“Ketiga-tiga sekolah ini akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan beberapa kawasan di Skudai di sini turut terjejas dengan insiden pencemaran akibat pembuangan sisa kimia dikenal pasti sebagai ammonia.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI