PETALING JAYA – Kegigihan dan semangat yang ditunjukkan seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) mencari rezeki dengan berniaga air botol mengundang sebak orang ramai.
Menerusi video dari pengguna @Truelynogorisembilan di TikTok, remaja yang dikenali sebagai Aniq Fitri itu sentiasa ceria sepanjang perbualan walaupun sukar bertutur dengan jelas.
Berdasarkan perkongsian berkenaan, Aniq Fitri juga dilihat sedang menjual air berkenaan di atas sebuah motor yang diparkir di hadapan sebuah pasar raya di Seremban.
Rata-rata orang ramai menyatakan kekaguman terhadap pemuda OKU itu yang tidak menggunakan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak mencari rezeki.
Malah, ada juga yang berasa sebak dan malu kerana berpendapat bahawa mereka tidak sekuat Aniq Fitri walaupun cukup sifat.
“Kenapa air mata mengalir ni. Tak boleh tengok macam ni. Moga sentiasa di bawah lindungan Allah, Aniq,” kata @MadameLLyeen.
“Macam ni pun aku boleh nangis. Moga dimurahkan rezeki selalu Aniq,” ucap seorang pengguna.
“Awak hebat sangat, kakak bangga. Walaupun kekurangan tapi masih usaha cari rezeki,” komen @PuteriIntan5655.
“Kurang apa lagi aku ya Allah,” luah @Atyrahamane. – KOSMO! ONLI