fbpx

Sindiket ‘counter setting’ KLIA: ‘Tauke’ Bangladesh ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik syarikat warga Bangladesh yang direman SPRM selepas terbabit sindiket ‘counter setting’ di KLIA, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik syarikat warga Bangladesh direman selepas disyaki bersekongkol dengan merasuah penguat kuasa bagi membawa masuk kumpulan warga asing ke negara ini menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan reman selama tujuh hari sehingga 16 September terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek telah ditahan sekitar Kuala Lumpur menerusi Op Pump kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Suspek dan beberapa ejen sindiket berkenaan dipercayai telah membayar sejumlah wang rasuah kepada beberapa pegawai di sebuah agensi penguat kuasa antara RM200 hingga RM25,000 sebagai balasan untuk memudahkan kumpulan warga asing melepasi pintu masuk udara negara tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya.

“Wang rasuah berkenaan sebagai balasan bagi melindungi, memudahkan urusan dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas warga asing yang tidak memenuhi syarat serta tidak mengikut prosedur yang sah di bawah Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI