fbpx

Remaja lari rumah ditemui semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja yang hilang dari rumah ditemukan semula semalam.

BATU PAHAT – Seorang remaja perempuan yang melarikan diri dari rumah selepas dimarahi bapanya ditemukan semula oleh ahli keluarganya lewat petang semalam.

Mohamad Khamali Supian, 33, berkata, anaknya berusia 17 tahun ditemui kira-kira pukul 6.20 petang ketika sedang berjalan kaki ke satu destinasi tidak dapat dipastikan.

Katanya, remaja itu sebelum itu dilaporkan melarikan diri pada pukul 3.20 pagi, 8 September lalu dari kediamannya di Taman Damai, Batu Pahat.

“Dia melarikan diri kerana merajuk setelah dimarahi berhubung dengan seorang lelaki tidak dikenali keluarga melalui telefon.

“Alhamdulillah, dia sudah ditemui selamat dan telah dibawa pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI