fbpx

Raja Zarith Sofiah berkenan melawat SK AU Keramat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Zarith Sofiah mencemar duli melawat SK AU Keramat hari ini. foto FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli berangkat melawat Sekolah Kebangsaan AU Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi hantaran diu laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, lawatan ke Sekolah Kebangsaan AU Keramat merupakan antara acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini.

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong disambut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan timbalanya, Wong Kah Woh serta diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ruji Ubi, .

“Pada lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan diberi persembahan taklimat mengenai dasar dan perjalanan operasi Kementerian Pendidikan dalam melahirkan modal insan berkualiti oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan,” tulis hantaran tersebut hari ini.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong juga berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai dan alat tulis kepada 1,133 pelajar B40 menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan sumbangan berbentuk cek kepada sekolah.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar-pelajar dan guru serta menyaksikan bakat anak-anak kecil membuat hasil kraf seperti beg dan bingkai gambar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI