fbpx

Raja Petra meninggal dunia akibat kuman dalam darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Petra

PETALING JAYA – Allahyarham Raja Petra Kamarudin dilaporkan meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah.

Menerusi satu makluman oleh isteri Allahyarham di Facebook Malaysia Today, jangkitan tersebut seterusnya merebak ke paru-paru sehingga hati.

Katanya, suaminya telah meninggal dunia pada pukul 11.26 malam 9 September 2024 di Manchester, United Kingdom (UK).

“Semoga Allah letakkan beliau bersama roh syuhada dan para salihin,amin ya rabbal alamin,”jelas hantaran tersebut.

Hantaran tersebut turut memaklumkan, urusan pengebumian Raja Petra akan diberitahu dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI