fbpx

Raja Perlis terima menghadap Menteri Ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Sirajuddin menerima menghadap Rafizi di Kangar pada petang tadi.

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di sini pada petang tadi.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Rafizi melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis bagi meninjau sendiri status terkini beberapa projek Kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Beliau mempersembahkan taklimat dan seterusnya bertukar pandangan dengan Tuanku Syed Sirajuddin mengenai inisiatif-inisiatif serta peruntukan kerajaan terkini yang diharap dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Perlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI