fbpx

Portugal tak boleh ‘hidup’ tanpa Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) memastikan kejayaan ke atas Scotland dengan gol kemenangan ketika aksi berbaki dua minit sebelum tamat. - AFP

LISBON – Pengendali Portugal, Roberto Martinez mengakui pasukannya tidak boleh ‘hidup’ tanpa Cristiano Ronaldo selepas penyerang prolifik itu muncul wira meledak gol kemenangan ketika menewaskan Scotland 2-1 di Estadio do Benfica awal pagi semalam.

Pada aksi Liga Negara-Negara Eropah itu, Ronaldo dimasukkan sebagai pemain gantian ketika kedudukan terikat 1-1 sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat tuan rumah.

Keputusan tersebut menyaksikan Ronaldo terus melebarkan statistik jaringan apabila meledak 134 gol dalam 213 penampilan sejak bersama Selecao pada tahun 2003.

Kata Martinez, apa yang dipamerkan oleh Ronaldo pada usia 39 tahun adalah sesuatu yang luar biasa kerana bukan mudah untuk kekal konsisten pada usia tersebut.

“Harus diakui dia tidak lagi boleh beraksi 90 minit pada dua aksi berturut-turut dan sebab itu dimasukkan sebagai pemain gantian. Namun, Ronaldo tetap berada pada tahap terbaik dan dia perlu ada di atas padang tidak kira apa jua situasi,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah Portugal, Bruno Fernandes yang membuat penampilan ke-600 dalam karier profesional turut memuji impak penyerang kelab Al Nassr tersebut buat pasukan.

“Sama ada Ronaldo diletakkan dalam kesebelasan utama atau pemain gantian, dia sentiasa berikan impak buat pasukan. Justeru, bukanlah perkara mustahil apabila dia sudah berjaya menjaringkan 901 gol sepanjang karier,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI