fbpx

Polis kesan Tamillarsy hilang sejak 21 Ogos lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V. Tamillarsy

BENTONG – Polis giat mengesan seorang wanita, V. Tamillarsy, 32, yang dilaporkan hilang daripada rumahnya di Kampung Sungai Cherpai, Karak di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita berkenaan yang telah berkahwin dikatakan kali terakhir dilihat di rumahnya pada 21 Ogos lalu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999.

“Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis di bawah pentadbiran IPD Bentong,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya polis menerima laporan mengenai kehilangan mangsa yang dibuat abang mangsa pada pukul 10.33 pagi, 22 Ogos lalu.

Katanya kes tersebut dikategorikan sebagai Orang Hilang dan usaha mengesan mangsa giat dilakukan.

Katanya, wanita berkenaan berkulit hitam manis dengan ketinggian 165 sentimeter dan berat 60 kilogram serta berbadan sederhana.

Tambahnya kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai baju berwarna merah dan biru serta berseluar jean. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI