fbpx

Polis bantuan maut motosikal terbabas bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Paloh-Aring dekat Paloh 4 di Gua Musang semalam.- Foto PDRM

GUA MUSANG – Seorang polis bantuan maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Paloh-Aring, dekat Paloh 4 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Mohd. Radzi Ab. Hamid, 36, dari Kampung Kolam Mas di sini meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, lelaki itu menunggang motosikal jenis Honda RS dari arah Felda Aring menghala ke Paloh.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan semasa melalui jalan selekoh sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu kereta jenis Proton Wira berusia 28 tahun tidak sempat membrek sebelum bertembung dengan motosikal Mohd. Radzi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, pemandu kereta Proton Wira itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 menerima rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI