fbpx

Pestabola Merdeka: Morales dedikasi gol buat peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORALES meledak gol tunggal perlawanan untuk membantu Harimau Malaya menewaskan Lebanon pada aksi final Pestabola Merdeka kelmarin.

PENYERANG naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales mendedikasikan kejayaan menamatkan kemarau trofi 11 tahun dengan menjuarai Pestabola Merdeka 2024 khas buat penyokong setia skuad negara.

Pada perlawanan final di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin, Morales menjadi wira buat Harimau Malaya selepas meledak gol tunggal untuk menewaskan Lebanon dengan keputusan 1-0.

Menurut Morales, kejayaan yang diraih itu bukanlah peribadi sebaliknya dikongsi bersama rakan-rakan sepasukan yang bekerja keras dan komited sejak hari pertama sesi latihan pusat sebelum ini.

Morales berkata, barisan pemain turut memberikan seratus peratus di atas padang meskipun terdapat kumpulan penyokong membuat keputusan untuk boikot Pestabola Merdeka kali ini.

“Saya bangga dan gembira dengan pasukan kerana kita layak untuk menang selepas bekerja keras sejak hari pertama lagi.

“Ini adalah hadiah kepada semua pihak terutamanya kepada penyokong setia yang hadir dan sentiasa bersama pasukan kebangsaan.

“Secara peribadi, (kami) agak sedih kerana tindakan itu (boikot), tetapi pasukan tetap fokus setiap perlawanan dan sekarang kemenangan adalah untuk penyokong setia,” kata pemain kelahiran Colombia itu.

Menurut laporan perlawanan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 16,650 penonton hadir untuk menyaksikan aksi final di gelanggang keramat Harimau Malaya kelmarin.

Sebelum ini arena bola sepak tempatan ‘kecoh’ apabila penyokong mengambil keputusan untuk boikot Pestabola Merdeka kerana isu di luar padang ekoran peletakan jawatan Kim Pan-gon selain tanda solidariti kes ‘simbah asid’ melibatkan Faisal Halim yang belum diselesaikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI