fbpx

Permintaan tinggi punca pengusaha tidak daftar taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI JKM meletakkan pita sebagai tindakan lak terhadap sebuah taska yang dikenakan tindakan penguatkuasaan.

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil tindakan terhadap 27 buah taman asuhan kanak-kanak (taska) di negeri ini membabitkan pelbagai kesalahan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Pengarah JKM Melaka, Halyjah Muhamad berkata, sebuah taska telah didakwa di mahkamah, dalam tindakan kompaun dan lak masing-masing membabitkan sembilan taska manakala lapan taska telah dikompaun.

Katanya, pemintaan yang tinggi daripada ibu bapa menjadi antara punca pengusaha enggan mendaftarkan operasi taska mereka.

“Susulan itu, pasukan petugas khas telah dibentuk bagi melaksanakan program pemutihan taska-taska yang tidak berdaftar dan JKM juga mengadakan perbincangan dengan pihak persatuan taska bagi mendesak semua pengusaha mendaftar dengan kadar segera.

“Selain itu, ibu bapa dinasihatkan menghantar anak-anak ke taska yang berdaftar, ini kerana JKM akan memantau secara berkala, menyelia dan mewajibkan sijil kelulusan Kursus Asuhan Permata (KAP) kepada setiap pengasuh di taska tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Halyjah, setakat ini sebanyak 137 taska di negeri ini telah berdaftar dengan JKM.

Menurutnya, pendaftaran tertinggi adalah di daerah Melaka Tengah iaitu sebanyak 101 buah manakala Jasin dan Alor Gajah masing-masing sebanyak 19 dan 17 buah.

“Permohonan dan kelulusan telah diberikan kepada 61 taska sehingga ogos lalu setelah JKM memberi advokasi kepada taska-taska yang terlibat. Semua taska berdaftar akan direkodkan dalam portal JKM.

“Justeru, ibu bapa disaran menyemak portal berkenaan bagi memastikan premis tersebut berdaftar atau tidak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI