fbpx

Penduduk selamatkan 4 penumpang Proton Saga jatuh tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian yang menyaksikan orang ramai berjaya menyelamatkan mangsa kemalangan di Tumpat semalam.

PETALING JAYA – Empat penumpang sebuah kereta Proton Saga berjaya diselamatkan oleh orang ramai selepas terjatuh dalam sebuah tali air di Kampung Cabang 4, Tumpat, Kelantan semalam.

Menerusi satu video tular di laman Tik Tok, kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang semalam itu menyebabkan semua penumpang kereta terbabit turut terjatuh ke dalam tali air tersebut namun semuanya dilaporkan selamat.

Empat penumpang yang terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita itu berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di situ.

“Kejadian 5.30 petang, kereta jatuh dalam tali air. Lokasi tepi kilang Man Laksa Cabang 4, Tumpat, Kelantan. Seorang lelaki dan tiga Wanita semuanya selamat,” tulis hantaran tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip tersebut memuji tindakan pantas orang ramai yang telah berjaya menyelamatkan kesemua mangsa tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Orang-orang kita ni memang hebat, kalua bab tolong-menolong ni sepatutnya boleh dipuji. Alhamdulillah ramai orang baik-baik ada di Malaysia,” jelas Khairul Amir.

“Kalau tak ada orang tu mungkin lebih teruk akan berlaku pada penumpang, tahniah kepada yang membantu, besar jasa anda,” kata Aziz Wargih. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI