fbpx

Pencemaran kimia: Seorang masuk hospital, 24 lagi diberi rawatan di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengawal keselamatan Marsita Mustafa meletak tanda sekolah ditutup pada 10 September berikutan pencemaran bau dipercayaai bahan kimia dari Sungai Tebrau di SK Kampung Maju Jaya di Kampung Maju Jaya, Johor Bahru di sini. -Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang murid perempuan tahun tiga dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat terhidu bahan kimia ketika di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya di sini semalam.

Seramai 24 lagi murid dan tujuh guru pula telah diberikan rawatan di sekolah berkenaan selepas turut terkesan dengan bau tersebut.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Zaini Kasirin berkata, murid tersebut telah dihantar ke hospital kerana semput akibat terhidu bau bahan kimia di Sungai Tebrau yang terletak bersebelahan sekolah.

“Pada pukul 12 malam (sebelum kejadian) sudah mula bau kuat di Sungai Tebrau di sekitar Kampung Maju Jaya.

“Apabila saya hantar anak ke sekolah, bau semakin kuat menyebabkan semua murid dan guru tidak selesa untuk belajar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI