fbpx

Pelajar kolej vokasional maut digilis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan mangsa yang digilis kenderaan berat di Jalan Telok Gong, Klang.

KLANG – Seorang pelajar kolej vokasional maut digilis kenderaan berat selepas motosikal yang dia tunggang bertembung dengan motosikal lain dalam kemalangan di Jalan Telok Gong di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi, mangsa berusia 18 tahun yang juga pelajar kursus Teknologi Pemesinan Industri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala, seorang lagi penunggang motosikal berusia 20 tahun parah dalam telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha NVX155 ditunggangi pelajar itu bertembung dengan motosikal lain jenis Yamaha 135LC bertembung di tengah-tengah jalan tersebut.

Katanya, pertembungan itu menyebabkan pelajar berkenaan tercampak di atas jalan raya.

“Mangsa kemudiannya digilis kenderaan berat yang masih belum dikenal pasti dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke HTAR untuk tindakan selanjutnya, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pihaknya masih mengesan kenderaan berat yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Justeru, Hoong Fong berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkan ke Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi 11 saat memaparkan keadaan mangsa yang maut di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI