fbpx

Pegawai kerajaan ligat berjoget di kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan salah seorang pegawai kerajaan yang berjoget dengan seorang wanita berpakaian seksi. - Sindonews

JAKARTA – Perbuatan empat pegawai kerajaan asyik berjoget di sebuah kelab malam di Padang, wilayah Sumatera Barat mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Sindonews semalam. 

Rakaman yang tular di platform media sosial memaparkan empat lelaki itu berjoget sambil berpelukan dengan wanita yang mengenakan pakaian seksi. 

Lebih mengejutkan apabila mereka yang berusia antara 23 hingga 30 tahun itu merupakan pegawai bertaraf kontrak. 

“Mereka berstatus sebagai pekerja kontrak di Satpol PP Bukittinggi.

“Mereka melanggar peraturan dan saya akan memberikan hukuman yang sesuai dengan kontrak,” kata Ketua Satpol PP Kota Bukittinggi, Joni Feni. 

Kempat-empat pegawai itu dikenakan hukuman disiplin dan digantung tugas selama sebulan hingga 5 Oktober ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI