fbpx

Mpox: PKP tidak akan dilaksanakan – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkeflly (tengah) pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh di sini, hari ini.

SUNGAI BULOH – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang cacar monyet atau monkeypox (Mpox) seperti era pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah mengambil langkah siap siaga dan telah menyaring lebih 6.2 juta pengembara yang masuk ke negara ini tetapi kesemuanya negatif.

“Saya berharap situasi Mpox di negara ini tidak dibandingkan dengan negara jiran, Singapura bagi mengelakkan suasana menggusarkan.

“Insya-Allah Mpox tidak akan mengulangi waktu yang sangat kita elak seperti pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan seperti sebelum ini.

“Kami tidak bercadang untuk mengadakan PKP atau ‘lockdown’ tetapi saya ingin ingatkan semua jangan terlalu selesa dan sentiasa berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Suriani Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Ummi Kalthom Shamsuddin dan Pengarah ILKKM Sungai Buloh Robert Wong Kim Han.

Sehingga semalam Singapura dilaporkan mencatatkan 15 kes mpox manakala ketika ini kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes yang direkodkan pada akhir tahun lepas.

Dzulkefly mengesahkan sehingga kini sebanyak 52 kes yang disyaki virus Mpox telah didapati negatif dan kebanyakan mereka dijangkiti cacar air.

“Kita telah membuat saringan di pintu-pintu masuk antarabangsa laut, udara dan darat. Alhamdulillah setakat ini negara kita tidak merekodkan kes positif daripada mereka yang disyaki.

“KKM juga bersedia menyediakan anti viral kepada golongan rentan dan imuniti rendah sekiranya perlu bagi mengelak penularan virus Mpox itu.

Sementara itu, pada perkembangan yang lain, Dzulkefly berkata, KKM tiada isu pertindihan bidang kuasa dalam badan berkanun kerana tidak mempunyai banyak badan berkanun malah masing-masing menjalankan fungsinya yang tersendiri.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi dan menjimatkan dana negara.

Kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan untuk menangani isu pertindihan fungsi dan penjimatan dana negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI