fbpx

Mati selepas tergelincir dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibawa naik menggunakan tangga oleh pasukan bomba.

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang dijumpai mati dalam longkang di hadapan premis perabot di Seksyen 36 dipercayai warga asing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut tidak mempunyai suntikan bacillus calmette guerin (BCG) serta dokumen pengenalan diri.

“Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang besar. Mayat mangsa telah dijumpai dalam jarak lima meter dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk tujuan bedah siasat pada keesokan hari bagi mengenal pasti punca kematian.

Justeru, Ramsay meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri ditalian 012-3630512.

Kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam ditemui mati dalam longkang di Jalan Nagasari Seksyen 36 di sini, pagi tadi.

Anggota bomba yang melakukan penyelamatan dengan turun menggunakan tangga telah memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI