fbpx

Lelaki hilang selepas keluar semak gaji ditemukan terapung di Batang Igan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dijumpai pada longgokan kayu di antara kapal-kapal yang berlabuh di Wharf Toung Aik Shipyard Sdn Bhd, Batang Igan, Sibu.

SIBU –  Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar menyemak gajinya di bank pada 5 September lalu ditemukan terapung di Sungai Batang Igan malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa berusia 23 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 10.07 malam di Wharf Toung Aik Shipyard Sdn Bhd.

“Mayat mangsa dijumpai berada di longgokan kayu di antara kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan berkenaan.

“Setelah berbincangan dengan polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), pasulan operasi pihak APM menggunakan bot untuk mengambil mayat mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihak polis juga mengesahkan mayat yang dijumpai itu adalah mangsa yang dilaporkan hilang kira-kira pukul 1 tengah hari, 6 September lepas sebelum motosikal jenis Yamaha Y15ZR milik mangsa dijumpai di atas Jambatan Lanang.

Berdasarkan laporan bapa mangsa, anaknya itu keluar untuk menyemak wang gajinya di dalam bank kira-kira pukul 8 malam, 5 September lalu. – KOSMO !ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI