fbpx

Lebih 10 kenderaan tayar bocor langgar serpihan konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengawal lalu lintas di Lebuh Raya Putrajaya - KLIA - Dengkil selepas insiden kemalangan lebih 20 kenderaan melanggar serpihan konkrit. Foto Ihsan orang awam.

SEPANG – Lebih 10 buah kenderaan mengalami kerosakan dengan kebanyakannya tayar bocor selepas melanggar serpihan konkrit di atas jalan raya di sini, malam tadi.

Difahamkan, insiden itu dikesan berlaku di Lebuh Raya Putrajaya – KLIA – Dengkil sekitar pukul 8 malam tadi.

Satu gambar yang dikongsikan pengguna jalan raya menunjukkan ia seperti serpihan konkrit yang berisi tetulang besi.

Kebanyakan kereta yang terbabit dengan insiden itu mengalami kebocoran tayar dipercayai gagal mengelak serpihan konkrit itu yang kebetulan berada di laluan tengah jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun, insiden itu sedang disiasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI