fbpx

Korban Yagi meningkat 63 di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK berdiri di balkoni kediaman mereka di sebatang jalan yang ditenggelami air di daerah Trang Din, wilayah Lang Son semalam. -- AFP

HANOI – Petugas-petugas kecemasan bergelut untuk memindahkan beribu-ribu penduduk daripada banjir besar hari ini selepas Taufan Yagi menghentam utara Vietnam, menyebabkan 63 orang terbunuh dan 40 yang lain hilang.

“752 orang turut cedera akibat banjir dan tanah runtuh,” kata beberapa pegawai di kementerian pertanian.

Ahli-ahli meteorologi berkata, Yagi merupakan taufan paling kuat pernah melanda utara Vietnam dalam tempoh 30 tahun. Ia tiba di daratan Sabtu lepas dengan membawa angin selaju 149 kilometer sejam.

Utara Vietnam kini bergelut dengan banjir besar dengan sebilangan komuniti ditenggelami air.

Banyak rumah setingkat di bandar Thai Nguyen dan Yen Bai hampir tenggelam sepenuhnya pagi tadi dengan penduduk terpaksa berlindung di atas bumbung untuk menunggu bantuan.

Di Hanoi pula, penduduk di sepanjang Sungai Merah  digenangi air dengan mereka terpaksa berpindah.

Phan Thi Tuyet, 50, yang tinggal berhampiran Sungai Merah berkata, dia tidak pernah melihat banjir setinggi itu.

“Saya hilang segala-galanya. Saya dan keluarga terpaksa berpindah ke tempat lebih tinggi untuk menyelamatkan nyawa kami. Kami berpindah sehelai sepinggang,” katanya.

Sebuah jambatan runtuh, manakala sebuah bas dihanyutkan banjir semalam ketika hujan turun lebih lebat ekoran taufan Yagi.

Ribut itu  turut menjejaskan perniagaan dan operasi kilang-kilang di hab perindustrian di utara Vietnam yang tertumpu kepada pasaran eksport, lapor media pemerintah.

Sembilan orang maut apabila Taufan Yagi mula membadai Vietnam Sabtu lalu sebelum menjadi lemah dan bertukar kepada ribut tropika.

Sebuah bas membawa 20 penumpang dihanyutkan ke dalam sungai akibat tanah runtuh di wilayah pergunungan Cao Bang pagi semalam. Pasukan penyelamat telah dikerah untuk menyelamatkan mangsa tetapi tanah runtuh menghalang laluan mereka.

Di wilayah Phu Tho, operasi menyelamat diteruskan selepas jambatan keluli di Sungai Merah yang melimpah, runtuh pagi semalam. 

Laporan menyebut bahawa 10 buah kereta dan lori bersama dua motosikal terjatuh ke dalam sungai. Tiga orang ditarik keluar dari sungai dan dibawa ke hospital, namun 13 yang lain masih hilang. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI