fbpx

Kerajaan akan utamakan pelaksanaan projek Kerjasama Awam-Swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari

PETALING JAYA – Kerajaan akan mengukuhkan tatakelola dan pengurusan projek dalam Kerjasama Awam-Swasta melalui Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah tersebut merupakan usaha untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi di samping menguruskan cabaran fiskal.

“Kerajaan akan mengutamakan pelaksanaan cadangan projek Kerjasama Awam-Swasta (PPP) secara bidaan bersaing melalui Request for Proposal (RFP) bagi mencapai objektif untuk terus mengukuhkan tatakelola.

“Beberapa model PPP baharu akan diperkenalkan seperti Redevelop/Regenerate-Operate-Transfer (ROT) dan ‘Build-Redevelop/Regenerate-Operate-Transfer (BROT),” jelas beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Titiwangsa itu agi, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek PPP yang berorientasikan “user-pays” selaras dengan hasrat untuk mengurangkan cabaran fiskal.

Katanya, model monetisasi konsesi seperti pembiayaan secara Amanah Perniagaan dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) akan diteroka sebagai alternatif dalam pembiayaan projek PPP.

“PIKAS 2030 ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menekankan syarikat Kerjasama Awam-Swasta tidak boleh hanya mengutamakan keuntungan sahaja.

‘Sebaliknya perlu mengambil kira tiga aspekiaitu soal kadar upah pekerja yang setimpal, kemudahan perumahan serta pendidikan untuk anak-anak mereka mengikut keupayaan syarikat masing-masing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI