fbpx

Kelayakan Piala Dunia: Indonesia ‘jerat’ Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pertahanan Sang Garuda cuba mengekang asakan pasukan Australia dalam aksi sebentar tadi. - Foto AFP

KUALA LUMPUR – Pasukan Indonesia meneruskan momentum cemerlang apabila berjaya mengikat negara pilihan, Australia 0-0 pada aksi Kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu, skuad Garuda kendalian Shin Tae-yong membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan sembilan pemain berdarah warisan.

Seperti dijangka, The Socceroos menguasai sebahagian besar perlawanan dengan meraih peluang awal menerusi sepakan penjuru tetapi percubaan Harry Souttar berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Maarten Paes.

Australia terus mengasak dan kali ini giliran penyerang, Nestory Irankunda melakukan rembatan tetapi tidak bernasib baik apabila sekadar menggegarkan palang gol pada penghujung babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Tae-yong membuat rombakan taktikal dengan mengeluarkan penyerang, Rafael Struick engan memasukkan pemain tengah, Witan Sulaeman.

Namun, situasi tersebut masih gagal mengekang penguasaan bola yang dimiliki Australia yang menduduki ranking ke-24 dunia itu.

Pasukan tuan rumah semakin terdesak untuk mempertahankan kedudukan dengan Paes cemerlang menepis segala percubaan yang dilakukan pelawat.

Keputusan seri kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Sang Garuda kini memiliki dua mata selepas turut berjaya mengikat Arab Saudi pada aksi pertama minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI