fbpx

Kedai gunting rambut kenakan bayaran ikut saiz alat sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai gunting rambut bersama senarai harga mengikut saiz alat sulit pelanggan di Ayutthaya. - Channel 7

BANGKOK  – Seorang tukang gunting di wilayah Ayutthaya, tengah Thailand  tular  di media sosial kerana mengenakan bayaran berdasarkan saiz alat kelelakian dan bukannya panjang rambut pelanggan, lapor laman berita tempatan hari ini.

Gambar senarai harga perkhidmatan di kedai gunting tersebut dikongsi banyak agensi berita tempatan dan netizen. Senarai harga itu menyatakan: “Organ kecil 40 baht (RM5), organ sederhana 60 baht (RM8), organ besar 80 baht (RM10), dan organ Mo (diubah suai) 100 baht (RM13)”.

Tukang gunting rambut tersebut Apirak Klinbuppha, 40, berkata, dia membuka kedai gunting rambutnya tiga bulan lalu dan menerima maklum balas yang sangat positif. 

Dia percaya bayaran perkhidmatan berdasarkan saiz organ tersebut memainkan peranan penting dalam menarik kehadiran pelanggan.

Kata Apirak, sudah lebih lapan tahun dia mencari pekerjaan impiannya dan pernah bekerja dalam pelbagai industri sebelum menemui keserasian sebagai tukang gunting rambut. 

Kedainya yang terletak berhampiran salah satu tarikan pelancongan popular di Ayutthaya, Prasat Nakhon Luang itu  menampilkan dekorasi vintaj untuk dipadankan dengan tarikan bersejarah.

Apirak menyebut bahawa dia belum menamakan kedai gunting rambutnya dan tidak merancang sebarang pengiklanan untuknya. 

Namun, dia tidak menyangka bayaran perkhidmatan itu membuatkan perniagaannya menjadi tular. Lelaki itu menyifatkan dirinya sebagai seorang yang ceria dan gemar menyebarkan suasana yang baik.

Dalam temu bual bersama akhbar tempatan, Apirak menjelaskan sistem penetapan harga itu dengan lebih lanjut.

“Bayaran yang dikenakan sebenarnya bergantung kepada umur dan gaya rambut pelanggan, seperti juga di kedai gunting rambut lain. 

“Saya mengenakan bayaran kepada kanak-kanak (alat sulit kecil) seperti kedai gunting lain iaitu  sebanyak 40 baht. Pelajar sekolah menengah (alat sulit sederhana) dikenakan bayaran 60 baht, manakala pelanggan dewasa (alat sulit besar) membayar sebanyak 80 baht. Mana-mana pelanggan yang mahukan gaya rambut lebih kompleks (modifikasi) perlu membayar 100 baht,” katanya.

Apirak menambah bahawa dia juga menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada warga emas, orang kelainan upaya dan anak kecil. 

Seorang pelanggan memberi temu bual ringan kepada media semasa Apirak memotong rambutnya baru-baru ini.

‘Saya memilih kedai gunting rambut ini kerana tanda harga di luar. Jika saya tidak melihat papan tanda itu, saya tidak akan memilih tempat ini. 

“Saya ingin tahu berapa harga yang akan dikenakam kerana saiz saya agak mengagumkan,” katanya. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI