fbpx

Kanak-kanak perempuan tahan sakit, jari tersekat gegelung besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menanggung kesakitan apabila jarinya tersekat pada gegelung besi yang dijadikan cincin dalam kejadian semalam. -Foto JBPM

SEMPORNA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menanggung kesakitan apabila jarinya tersekat pada gegelung besi yang dijadikan cincin dalam kejadian semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Semporna mengenai kejadian itu pada pukul 1.12 tengah hari sebelum empat anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke Hospital Semporna untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak terbabit.

“Sejurus tiba, pasukan bomba mendapati seorang kanak-kanak perempuan meraung kesakitan akibat jarinya tersekat gegelung besi.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi dengan menggunakan pemotong khas untuk membuka gegelung besi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka gegelung besi berkenaan dalam keadaan berhati-hati.

“Operasi ditamatkan pada pukul 1.33 petang setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI