fbpx

Kad merah tak jejas juara Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Sepanyol tiada masalah mencatat kemenangan walaupun bermain 10 orang. - AFP

GENEVA – Juara Eropah, Sepanyol mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk melakar kemenangan 4-1 ke atas Switzerland meskipun beraksi dengan 10 pemain pada saingan Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Geneva awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad La Roja meraih gol awal menerusi ledakan Joselu dan Fabian Ruiz tetapi tidak bernasib baik apabila pertahanannya, Robin Le Normand dilayangkan kad merah pada minit ke-20.

Kesempatan itu digunakan oleh Switzerland merapatkan kedudukan menerusi ledakan Zaki Amdouni tetapi Sepanyol menunjukkan semangat juang tinggi untuk menambah lagi dua lagi gol hasil penyudah Ruiz dan Ferran Torres.

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente mengakui bangga dengan semangat juang tinggi pasukannya untuk teruskan momentum cemerlang di pentas antarabangsa meskipun masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Euro 2024 pada Julai lepas.

RUIZ (depan) membuktikan kualiti hebat yang dimilikinya dengan menjaringkan dua gol buat Sepanyol awal pagi semalam. – SEFUTBOL

“Ini adalah perlawanan yang sukar kerana bukan mudah untuk beraksi dengan 10 pemain. Saya bangga dengan barisan pemain kerana kita masih mampu melakar kemenangan besar walaupun lawan ada kelebihan seorang pemain.

“Saya yakin pasukan ini mampu melakar sejarah untuk tempoh yang panjang andai kekalkan mentaliti seperti ini,” katanya.

Sementara itu, De la Fuente menganggap Ruiz sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dunia apabila mempamerkan aksi lebih konsisten sejak membuat debut pertama pada 2019.

“Dia berjaya menunjukkan kualiti penyudah dengan menjaringkan dua gol dan saya percaya dia layak dilabel antara pemain terbaik di posisinya ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI