fbpx

Jumpa lelaki mati dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa sedang melakukan penyelamatan terhadap seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam longkang di Seksyen 36, Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam ditemui mati dalam longkang di Jalan Nagasari Seksyen 36 di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Nazmi Halil berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.12 pagi.

Katanya, bomba yang tiba 13 minit kemudiannya mendapati terdapat seorang lelaki hanya memakai seluar dalam tidak sedarkan diri di longkang tersebut.

“Anggota melakukan penyelamatan dengan turun menggunakan tangga dan memberi bantuan pernafasan (CPR) sehingga ambulans tiba di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan telah dilakukan penolong pegawai perubatan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang identiti ditemui pada mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI