fbpx

Isu sijil halal: Teresa Kok hanya jalankan tugas, bukan isu 3R – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika sidang akhbar sekitar Bukit Aman hari ini. - Foto M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Lim Guan Eng menegaskan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hanya menjalankan tugasnya dalam menyuarakan masalah dan suara hati rakyat berhubung kenyataan pensijilan halal dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.

“Apa yang disuarakan Teresa, pendirian parti DAP dapati YB tidak bersalah dan hanya menjalankan tugas sebagai seorang ahli parlimen untuk meluahkan pandangan serta kebimbangan dilahirkan pelbagai pihak.

“Atas dasar itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengarahkan badan guaman DAP dipimpin Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh untuk memastikan Teresa mendapat pembelaan.

“Teresa hanya jalankan tugas dan tidak buat apa-apa salah,” tegasnya ketika sidang akhbar di sini, hari ini.

Beberapa ahli parlimen (MP) Pakatan Harapan turun di Bukit Aman, di sini, sebagai tanda solidariti terhadap Teresa, yang hadir memberi keterangan.

Dilihat hadir, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang juga Pengerusi DAP, MP Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

“Kita serah kepada polis untuk jalankan siasatan dan kami harap bahawa semua pihak harungi perkara ini dengan tenang dan profesional supaya dapat tahu masalah dan perasaan kurang senang masyarakat.

“Ia bukanlah perkara 3R seperti yang dituduh oleh pihak tertentu kerana ia merupakan dari pelbagai lapisan rakyat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI