fbpx

Isu sijil halal: Teresa Kok hadir di Bukit Aman pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teresa Kok, hadir ke IPD Bukit Aman berhubung siasatan isu pensijilan halal pagi ini. -Foto M.FIRDAUS M.JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang disiasat berhubung kenyataan pensijilan halal dikatakan membebankan peniaga di Malaysia hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, bagi dirakam percakapan.

Beliau tiba di pekarangan Bukit Aman kira-kira 9.42 pagi bersama peguamnya, Syahredzan Johan yang juga merupakan Ahli Parlimen Bangi.

Semalam Kosmo! melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dilakukan mengikut prosedur 3R.

Rakaman percakapan akan dibuat di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Kata beliau, terdapat saksi lain yang akan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung isu pensijilan halal itu.
“Saksi lain yang akan dipanggil antaranya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga saksi-saksi lain yang akan ditentukan kemudiannya,” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI