fbpx

Isu sijil halal: Kertas siasatan Teresa Kok diserah AGC 2 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia akan melengkapkan kertas siasatan berhubung kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok seterusnya diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam tempoh dua hari lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sejumlah 50 laporan diterima berhubung isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga di Malaysia diterima setakat pukul 12 tengah hari ini.

“Kita terima sebanyak 50 laporan setakat pukul 12 tengah hari ini.

“Kertas siasatan akan dimajukan ke pejabat AGC dalam dua hari lagi untuk siasatan serta tindakan,” ujarnya ketika dihubungi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Beliau yang ditemani peguamnya, Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh dilihat keluar dari pekarangan Bukit Aman kira-kira pukul 11.55 pagi.

Menurut Teresa, kenyataan yang dibuat pada 6 September lalu adalah respon kepada cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkenaan pensijilan halal mandatori di kedai-kedai makan bukan Islam.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI