fbpx

Fitnah Sultanah Nur Zahirah: Clare dan 2 pihak lagi gagal dapat kebenaran merayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, penerbit dan pencetak buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’ tetap perlu membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Nur Zahirah kerana memfitnah Sultanah Terengganu itu dalam buku tersebut.

Perkara itu dimuktamadkan selepas ketiga-tiga pihak gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan hari ini untuk merayu perintah Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Sultanah Nur Zahirah.

Panel tiga hakim diketuai oleh Tan Sri P. Nallini berpuas hati persoalan undang-undang yang dibangkitkan gagal melepasi `ambang’ (threshold) yang diperuntukan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang mewajarkan kebenaran merayu diberikan.

Koram berkenaan turut berpendapat, persoalan undang-undang tersebut bukan melibatkan kepentingan awam atau baru pertama kali dibangkitkan yang memerlukan ia didengar dan diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Zabariah Mohd. Yusof dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera turut memerintahkan kos RM15,000 dibayar kepada Sultanah Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI