fbpx

Elon Musk bakal bergelar trilionair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Elon Musk (kiri). - Foto AFP

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk diramalkan bergelar trilionair pertama di dunia menjelang 2027, demikian menurut laporan baharu kumpulan pemerhati Informa Connect Academy seperti laporan akhbar The Guardian.

Ramalan mengenai bos pembuat kereta elektrik Tesla dan pemilik syarikat aeroangkasa, SpaceX serta platform media sosial X itu adalah berdasarkan fakta kekayaan Musk berkembang pada kadar purata 110 peratus setahun.

Beliau juga merupakan orang terkaya di dunia, dengan anggaran kekayaan AS$251 billion (RM1.09 trilion), demikian menurut indeks bilionair Bloomberg.

Analisis itu mencadangkan bahawa pengasas konglomerat perniagaan, Gautam Adani dari India akan menjadi orang  kedua mencapai status trilionair. 

Perkara itu diramal berlaku pada 2028 jika kadar pertumbuhan pendapatan tahunan Adani kekal pada 123 peratus.

Jensen Huang yang merupakan ketua pegawai eksekutif firma teknologi Nvidia bersama taikun tenaga dan perlombongan Indonesia, Prajogo Pangestu juga boleh menjadi trilionair pada 2028. 

Trilionair ialah individu yang mempunyai kekayaan bernilai 1,000 bilion dalam dolar Amerika Syarikat atau mata wang lain yang setara dengannnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI