fbpx

Dua kali terperdaya, guru rugi RM131,347

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang guru mengalami kerugian sebanyak RM131,347 selepas dua kali terperdaya dengan sindiket penipuan iaitu dalam skim pelaburan tidak wujud dan pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 26 Julai lalu selepas mangsa yang merupakan seorang wanita berumur 28 tahun berminat menyertai satu skim pelaburan cyptocurrency (rednotes) melalui aplikasi Facebook.

“Mangsa telah memuat turun aplikasi pelaburan bernama rednotes melalui pautan yang diberikan dan mula melabur sebanyak RM550 sebelum mendapat keuntungan sebanyak RM400.

“Dengan keuntungan tersebut mangsa mula percaya lalu melabur sehingga RM109,817 dengan melakukan 22 kali transaksi ke 11 akaun berbeza,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, suspek kemudiannya meminta mangsa membayar RM20,000 untuk menebuskan keuntungan sebanyak RM95,679.32 (USD22,000) daripada pelaburan tersebut.

Katanya, dalam tempoh antara 5 September hingga 7 September mangsa melayari aplikasi Facebook untuk membuat pinjaman sebanyak RM20,000 menyaksikan mangsa tertipu pula dengan sindiket pinjaman tidak wujud.

“Bayaran proses sebanyak RM20,980 telah dibuat mangsa dengan 10 kali transaksi ke lima akaun bank berbeza sebelum mangsa mula menyedari ditipu setelah kerugian sebanyak RM131,347.

“Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan, pinjaman keluarga dan rakan-rakan,”katanya.

Dalam pada itu Yahaya berkata, pihak polis kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

Katanya, orang ramai juga diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dan dinasihat memastikan pinjaman dibuat dengan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI